Doa lindungi anak-anak dari gangguan

User Rating:  / 0
PoorBest 

"Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)."  Riwayat al-Bukhari.

Dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda maksudnya: -

"Pandangan mata itu adalah benar." Riwayat Ibn Majah.

Dalam hadis sahih yang lain, Nabi SAW meminta seorang hamba perempuan di rumah Ummu Salamah ditangkalkan kerana terkena pandangan mata jahat.

Sebagai seorang muslim, kita dibekalkan dengan pelbagai maklumat penting untuk hidup dengan aman dan selamat atas muka bumi Allah. Menyedari hakikat "al-wiqayah khairun minal ilaj" (mencegah adalah lebih baik dari merawat), maka Nabi SAW mengajar kita agar membaca doa ini, memohon kasih sayang Allah agar dipelihara cahaya mata kita daripada kejahatan-kejahatan yang tidak mampu terfikir dalam fikiran kita.

Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan kalimah di atas meminta Allah perlindungan cucunda baginda Hassan dan Hussein dairpada gangguan jin dan syaitan serta pandangan mata yang jahat (al-ain).

               Riwayat al-Bukhari.

comments

    Ads INSIDE-FA-200X200    

    Ads INSIDE-FB-268X60    


 

You are here: Home Tazkirah Doa lindungi anak-anak dari gangguan